The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
PREVIU PERLAWANAN: Selangor v Perak
PREVIU PERLAWANAN: Selangor v Perak
Oct 10, 2019 - FAS
Red Giants tekad teruskan rentak kemenangan
Shah Alam: Selepas berjaya meraih tiga kemenangan liga beturut-turut, skuad Selangor tekad untuk menundukkan seteru utama iaitu Perak dalam aksi seterusnya bagi meraih kemenangan keempat musim ini.
Selangor yang masih segar dengan kemenangan 4-3 ke atas Melaka dalam aksi dramatik minggu lalu, pasti mahu terus merakam kemenangan di hadapan penyokong sendiri Jumaat ini.
Berlandaskan kepada lima pertembungan terakhir kedua-dua pasukan ini, Perak mempunyai kelebihan dengan mencatat tiga kemenangan, seri sekali dan hanya tewas sekai.
Namun, aksi lalu tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan Perak masih bergelut untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang kini di tangga kelapan.
Selangor pula semakin konsisten selepas tiga kemenangan berturut-turut, untuk tempat kelima liga dengan 12 mata berbanding Perak dengan hanya lapan mata.
Tatkala jentera serangan Selangor tampak semakin ampuh dengan 13 gol kini, barisan benteng juga perlu lebih konsisten.
Sudah pasti, pengendali pasukan B Satianatan juga akan mencanang taktikal sesuai memastikan gandingan Taylor Regan-Michal Nguyen kembali ampuh kali ini.
Kapten dan penyerang veteran, Amri Yahyah sudah pasti akan menjadi tumpuan lawan selepas cemerlang dengan dua gol minggu lalu.
Terdapat kemungkinan Sean Selvaraj mungkin diberi peluang membarisi kesebelasan utama selepa turut meraih dua gol berdepan Melaka.
Kepada kesemua penyokong Red Giants, ayuh ramai-ramai penuhkan Stadium Shah Alam pada Jumaat ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan Selangor.
←
Previous
Kenali Pemain Selangor - Ahmad Danial Ahmad A...
Next
Selangor bangkit tewaskan Melaka di saat akhi...
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the ACC Shopee Cup™ Match | First Leg of the Final | Selangor FC 0-1 Buriram United | We Will Rise Again!
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Preview | Final (1) | Selangor FC vs Buriram United FC | The Team Is Ready!
Read more
SFC Nutrition Month 2026 – Fuelling Future Football Champions
Read more
Review of the 26th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 6-0 PDRM FC | Closing the Season in Third Place
Read more